Saturday 18 January 2014

Kenapa perlu belajar?


Assalamualaikum 2014!

Hari ni dah pun 18 Januari, tapi baru nak ber-2014 kau! Hahaha. Actually mmg nak update blog, tapi taktahu nak update pasal apa. Bila rasa nak update, terus terbayang entry entah apa-apa kat blog lama dulu. Well memang la entry kat blog ni tak jamin seratus peratus berguna. Maybe ada yg mengarut, mcm skrg? o.O haha. Memandangkan dah lama sgt aku biarkan otak menanti something yg best muncul dlm fikiran, so aku nekad malam ni nak cari sendiri tentang apa yg aku patut post.

"KENAPA PERLU BELAJAR?"

Aku nak belajar, sebab org yg berpelajaran akan dipandang tinggi. Aku nak kerja, balas balik hasil penat lelah mama abah besarkan aku selama ni, taknak menganggur. Aku nak jadi seorang wanita yg bekerjaya, sebab bagi aku wanita yg bekerjaya ni nampak femininnya. Aku nak jadi seorang isteri yg mampu bahagikan masa dgn baik utk bekerja di rumah dan tempat kerja so my husband nnt tabikkk springg sikit kat wife dia ni. Hehe. And last but not least, nak jadi seorang ibu yg mampu jadi teladan kat anak-anak supaya terus belajar, belajar dan belajar.. sebab mcm mcm boleh berlaku dlm masa yg akan dtg, kita taktahu betapa modennya lagi arus kehidupan yg akan wujud nnt. So, keep gaining your knowledge dear people!

Ni semua pendapat diri sendiri. Rasanya mcm semua tak dapat kita nafikan. Anddd setelah ber-blogwalking dalam beberapa minit ni, ada dua pendapat yg dapat aku kumpulkan dan seterusnya aku compile satu-satu lalu terbentuklah satu hasil yg dipanggil sebagai konklusi..


"Sebab utama belajar ialah matlamat! Biasalah, manusia. Nak itu, nak ini. Matlamat lah tu kan, tapi mana usahanya? Jadi salah satu perkara yg dapat kita kaitkan dengan usaha itu ialah belajar. Kata orang, semakin hari semakin kurang ilmu. Setuju sgt, sbb ilmu itu sgt luas dan membuatkan manusia makin sedar yg usaha tanpa matlamat sebenar itu kurang tepatnya. Tanpa matlamat yg jelas, dapat mendorong kita utk buat sambil lewa je dlm menuntut ilmu. Ingin saya sertakan, ada yg berpendapat setinggi mana pun seorang perempuan belajar akan tetap ke ceruk dapur juga. Eh sory lah, sgt tak bersetuju. Ni zaman moden, lelaki dan perempuan perlu bekerjasama utk maju. Zaman ni memerlukan kekuatan mental utk terus ke hadapan. Wajarlah bagi seorang perempuan untuk menuntut ilmu selagi dia masih mampu."

"Menjadi seorang yang berpelajaran kemudian pada akhirnya kita memperolehi apa yg kita hajati di dunia ini? Apabila sudah berjaya, semua benda senang dapat. Itulah 'kefahaman' yg diberikan kepada kita dari kecil sampai sekarang. Kita dididik dgn kefahaman sebegitu dlm menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan yg cemerlang. Nak kata salah, tak adalah sangat cuma pemikiran kita terhadap sesuatu tujuan itu perlu dijernihkan. Mencari keredhaan Allah itu yg dituntut bukan semata-mata mencari kejayaan dunia sahaja, akhirat tak patut diabaikan. Hidup perlu ilmu, mati perlu imu, ilmu untuk kaya, ilmu untuk amal'. Untuk berjaya perlukan kesungguhan yg tinggi dan berterusan. Kejayaan tak datang dengan 'petik jari' atau 'goyang kaki'. Biasalah kalau kita kerap kali jatuh atau menangis kerana peritnya belajar. In sha Allah, ada ganjaran (hikmah) di sebaliknya. Amin~"

"Sesiapa yg menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga - H.R. Muslim"

That's it. Ada dua pendapat, yg pertama pendapat umum, yg kedua pulak khusus buat yg beragama Islam. Apepun, kedua-dua pendapat boleh dijadikan inspirasi utk terus memajukan diri supaya tak jemu belajar hingga ke hembusan nafas yg terakhir. Beramal dgn ilmu yg ada. Tu paling penting. In sha Allah. Wassalam :)