Friday 24 January 2014

Redha.


Assalamualaikum :)

Tajuk entry kali ni, redha. Untuk buat pembaca lebih faham, aku akan terangkan serba sedikit tentang apa yg cuba nak disampaikan, melalui fakta sedia ada dan fahaman diri sendiri. Langkah awal agar kita mampu menikmati setiap detik hidup adalah dengan menanam sifat redha. Redha? Pernahkah kita terfikir apa itu erti redha sebenar? Cuba kita berfikir sejenak. Kadangkala ada yg menyalahtafsirkan maksud sebenar antara redha dan pasrah. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah.

Redha : Menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yg diberikan oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.

Pasrah : Menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.


Nampak tak perbezaan kedua-duanya? Itu baru definisi ye. Main point kat sini, walau susah mcm mana pun diri kita menghadapi kesengsaraan hidup, tetap saja kenyataan sudahpun berlaku. Kita hanya mampu menerima, tanpa boleh mengubahnya. Pendek kata, menyesal ataupun tak, kenyataan tu dah pun terjadi dan dialami. Maka, lebih baik kita redha menerimanya. :)

Impian, harapan selalu diharapkan untuk menjadi suatu kenyataan. Tentangan, cubaan, deraan, hinaan selalu menjadi aral yang akan dihadapi untuk pencapaian kenyataan. Kekuatan, ketabahan, kesabaran selalu akan menjadi peneman diri untuk redha dalam menerima kenyataan hidup. Tawakkal dan ikhlas menjadi akhir dari suatu kenyataan. Ingatlah bahawa setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi merupakan sumber kekuatan kita, kerana kesusahan menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yg mendatang.

Andai jatuh bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala tribulasi hidup. Jangan terus mengalah dan menyerah diri. Oleh sebab itu, sifat redha itu penting. Jadikan segala takdir yg telah tersurat sebagai penguat diri. Wahai diri, tabahkanlah hati. Redha dengan segala dugaan. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama dengan org org yg bersabar dan redha. Dear past, thank you for your lesson. Dear future, i'm ready. Dear Allah SWT, thank you for another chance... wassalam..