Wednesday 9 April 2014


Bismillah. Salam satu lima puluh tiga minit petang :)

Sejuknya library arau ni, air-cond kuat sgt sampaikan aku rasa nak beku dah. Tapi beku-beku pun ada keinginan jugak aku nak menaip. Keboringan agaknya. First time datang sini sorang-sorang. Rasa mcm buang tebiat. Soooo yea! Belakangan ni banyak benda penting nak kena buat sebagai seorang lepasan SPM. Permohonan sana sini, scholarships, result permohonan dan sebagainya lah. Lepas je dpt result, mohon UPU, IPGM, IPMA, UNIKL.. Haa banyak yg nak dimohon. Org cakap kalau dah layak tu, mohon jelah mana pun. Minat ke tak minat ke, mohon je. Tak rugi pun mohon. Tp mcm aku ni, yg tak layak pun aku mohon jugak. Pffttt. Takdela. Geram jugak la sebenarnya bila dah isi personal details and whatsoever yang berkaitan tu, at last preferred course takde pun yang berkaitan dgn course aku. Eh sakit pulak hati kite ni. Tp disebabkan aku dah menaip punya lah banyak sebelum tu, aku teruskan jelah ambik course yang siap sedia kat situ. Multimedia, animation bagai kan.... haaa ambekkk! :ppp




Result UKCG untuk IPGM dah keluar semalam, and alhamdulillah, syukur kpd Allah sbb aku berjaya mendapat tempat dlm saringan pertama. Pertama ye. Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) tu nanti baru tahu dapat interview ke tidak. Sejujurnya, aim aku bukanlah nak menjadi seorang guru. Tapi, hati tu mmg nak sangat ada pengalaman dalam temuduga. Harap lepas lah UKCG tu nanti. Then, dapat interview and inshaAllah layak menjadi seorang guru. Eh subjek apa ye? Haha. Hari tu, first choice minta Bahasa Melayu. Second choice pulak minta Pendidikan Awal Kanak-kanak. At last, pihak IPGM bagi kursus BM! Yeayyy. Mmg dah lama jadi matlamat aku nak subjek tu. Maybe ada yg cakap, 'eh minta ckg bm je?', 'banyak lagi subjek gahhh yg org pandang la skrg' and apa apa jelah yang lain tu.. tp sikit pun aku tak kisah. Minat aku sejak kecil, sape je peduli kan. Lagipun skrg, ramai ke yg mampu score A+ subjek bm dlm exam? Pandang sebelah mata lah konon. Urgh amende jela.

Bab scholarship pulak, aku mohon 4 atau 5 biasiswa. Tapi setakat skrg, alhamdulillah i've been shortlisted for Maybank Scholarship Award. Hari tu dah buat online test, yang terbahagi kepada dua bahagian, verbal and numerical. My confidence level reached minimum after completing the test, like always.. ahaks. Soalannya ala-ala math, tp bukanlah semudah itu. Bahasa yang digunakan, high level english, 12 minit untuk 30 soalan (numerical) dan 12 minit jugak utk 49 soalan (verbal). Hah mampunya lahai nak siapkan semua tu. Untuk BNM dgn Khazanah, rasanya takde rezeki kot sbb dah ada yang pergi interview hari tu. Yg lain wallahu'alam. Kadang-kadang aku rasa nak give up dgn semua ni, susahnya nak layakkan diri bila dah bersaing dgn lepasan spm kat satu malaysia ni. Budak SBP lah, MRSM lagi. Serioulsy, aku cakap PTPTN pun dah okay lah. Asalkan aku berjaya menjejakkan kaki kat menara gading, dan dapat genggam Ijazah Sarjana Muda satu hari nanti. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Pray for me! Wassalam...