Wednesday, 7 December 2016

Experience I will never forget #31DaysBloggingChallenge

Bila sebut pasal experience memang banyaklah. Dah 20 tahun hidup memang macam macam pengalaman dapat, hadap itu ini. Pengalaman pahit ada, manis pun ada. Tapi, untuk post kali ni I update pasal latest experience yang memang purrfeeectttt sebab betul-betul after I habis paper final diploma ☻

TRIP NOOB

Trip ni actually dah lama sangat plan. About a month ++ juga la ambil masa. Bukan sebab takes time sgt pun, tapi sebab clash dgn hectic life kitorang as final sem student. Macam-macam plan sebelum semua setuju nak pergi trip noob ni. Mulanya nak gather satu homestay after pre graduation night and bbq sama sama, lepas tu tak jadi mcm mana pula idea selepas tu I pun tak sure but at the end, sepakat nak pergi Frenzy Waterpark, Marina Island, Teluk Batik, Lumut, Perak. Hah panjang kan. Detail sis bagi!

None of us pernah jejak kaki dekat sini lagi. Sekadar usha gambar dekat instagram je sebab masa final sem tu la, Frenzy Waterpark ni famous. Boleh katakan semua student IPTA/IPTS area Perak ni dah atau akan sampai ke situ la. I sendiri pun tak sure bila start wujudnya Frenzy Waterpark ni tapi bagi I, kalau you guys nak short vacay sekejap sekejap dengan classmates memang highly recommended la sebab yang ala ala wipeout tu memang sesuai dengan teenagers or young adults.

Kitorang pergi 10 orang je, naik 2 kereta. From Tapah to Lumut ambil masa dalam 2 jam setengah juga la, plus minus berhenti and traffic jam. Itu kalau lalu jalan dalam la. Kalau ikutkan jalan yg satu lagi tu tak sampai 2 jam pun. Apartment memang puas sangat. Besar dan selesa. RM 528 per night, ada 3 bilik tidur, 3 bilik air, dapur, ruang tamu, balkoni, TV, seterika, dining table, etc.




Bertolak pukul 2.30, excited dia tak payah cerita lah memang everyone totally excited kan mentang-mentang baru habis last paper and grad diploma 😁 Sampai je dah asar. Solat asar terus turun main dekat Frenzy Waterpark tu. Situ memang safety first class sebab every checkpoint akan ada orang yg jaga. Jangan panik itu je then everything is gonna be okay. Oh by the way, kat sini boleh main sampai pukul 7 je and kalau hujan anda tak akan dibernarkan jejak sini langsung. Safety first! Air laut masin sangat so kalau jatuh tu tahan la ye. Alhamdulillah kaki panjang kurniaan Allah ni sangat membantu. Hee.




Malamnya, kitorang dinner dekat kedai makan area TLDM. Sempat la nak main Truth or Dare sebelum tunggu order. Hee. Situ memang santai sangat and berdepan dengan laut ke tasik lebih kurang macam tu la. Siap ada karaoke. Meriah dalam santai. Try imagine! Best kan. Balik tu singgah jalan-jalan area situ juga. Ada replika ikan besar. Dekat situ main "Capkalicap" tengah-tengah orang ramai. Serious tak malu langsung sebab happening je. Haha. Balik apartment sambung main Pepero Kiss pula. Barulah reti nak lelap. Lol.

 Pemandangan waktu malam dari balkoni apartment

Esok paginya after breakfast dekat hotel ramai ramai turun main swimming pool. Masa tu kitorang main bola beracun dalam swimming pool siap ada pistol air. Kecoh betul sampaikan orang ramai boleh confuse siapa kanak-kanak ribena dkt situ sebenarnya. Almost half pool kitorang conquer. Hehe. Check out pukul 11.30 lebih and terus gerak ke Pantai Teluk Batik. Bagi I, pantai dia biasa je. Kalau nak acah acah macam Sayangku Kapten Mukhriz bolehla juga. Eh? Mmg shooting area situ pun kan. Haha. Tapi, risiko nak burn tu mmg high la nampaknya. Panas betul!




Sekejap je bergambar and then berpisah la dua kereta. Satu kereta ke manjung ke mana eh lupalah, dan satu lagi terus balik ke Tapah. Sesat sekejap tau sebelum tu. Macam masuk hutan rimba dekat Kampar. Scary sangat tapi alhamdulillah safely arrived. Sampai je terus rushing packing barang sebab parents dah almost sampai nak pick up balik Perlis tercinta. Bukan senang nak gather ramai-ramai dengan my happy pills. Lagi-lagi bila 2,3 orang antara kitorang busy memanjang event sana sini nak curi masa keluar sekali tu payah sangat. Timing memang mengena dengan kepuasan yang sama-sama kita rasa. You guys patut pergi sini juga! 😃



2 comments:

  1. Sweet moment to be remembered 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, lagi lagi dgn batchmates! everything seems so fun :)

      Delete