Thursday 31 March 2016

Everything for them!

Assalamualaikum :)

If anyone of you ada baca my previous entry zaman lepas SPM dulu, you guys akan tahu yang I am the one who desperately want to go somewhere far away on my own. It's my wish to stay far away from both of my parents dan itu bermakna luar dari Perlis lah. Biasalah, anak muda jiwa muda. Aku bukanlah pelajar dari SBP atau MRSM. Aku cuma aku nak kan satu kehidupan yang lebih berdikari. Bukan tak sayang mamabah, sayyyyaaangggg, rinduuuuuu, semua ada. Tapi, siapalah yang boleh menangkis keinginan yang sungguh lama ku pendam ini. Hehe. Baru-baru ni, aku sedar yang setelah hampir dua tahun belajar di Tapah ni.... aku dah mula homesick. Yes, homesick. Budak paling tak nak duduk dekat, paling tak manja ni boleh nangis sebab homesick guys. 

Disebabkan terlampau rindu dengan my precious darlings, so SI is my first destination :) Naiklah ETS dari Tapah Road ke Batu Gajah. Luckily, Asma ada untuk temankan aku. Kebetulan dia orang SI and yang bestnya Asma and family hantarkan sampai dalam Uitm. Yay! Thanks Asma & Family. Sampai je SI memang flashback all the memories time part 1 dulu. Memang tak berubah. Diorang cakap aku macam tak pernah pindah kampus Tapah. I acted exactly like before. I know u guys miss me a lottt! I miss you guys too. Sebaklah everytime baca whatsapp korang nak gather balik :(

I've been missing you guys since forever!

Stay SI dari petang Jumaat hingga pagi Ahad. Feeling dia macam pendatang haram but who cares?! I was so happy cuz I got to see my second family. Thank you korang for the warm welcome even tho first day sampai dah kena makan maggi (yes, definitely a warm welcome) hehe. Sedih bila korang hantar kat bus station pagi Ahad tu. Sedih sebab tak yakin bila lagi dapat gather semua sekali lepas ni. Apapun, kita kena percaya dengan rezeki Allah. Doa sama sama okay. InshaAllah :) #roommatesforlife

Ahad petang sampai Perlis menaiki bas all the way from SI to Kangar. Abah dengan motor beliau ambil aku tengah panas. Thanks abah! Nasib baik angah bawa barang sikit. Balik rumah memang berehat sepuasnya. Langsung tak nak fikir final. Tidur, ehem of course. Haha. Balik je rumah memang rasa macam ya Allah this is where I should stay. Taknak balik Tapah. Lemme stay here!! Tapi... kenyataanya.... nahhh, kau yang nak sangat kan stay jauh jauh konon nak berdikari lah tak nak stay dekat dengan mamabah bagai. Paling penting, acah travel Europe guysss, tak menahan! Hahaha. Seriouslah, makin nak graduate ni makin homesick. Mamabah yang tahu betapa sakit dan pedihnya aku belajar tanpa minat dekat sini asyik cakap "its okay angah buat la setakat mana mampu" and that breaks my heart. I'm trying my best here *sobs*

Disebabkan tekanan yang aku dapat beberapa hari sebelum study week (most of the stress is because of group project) so aku yang pada mulanya bercadang untuk tak balik langsung, dan seterusnya bercadang hanya untuk ke SI sahaja dan balik Tapah balik akhirnya...... balik Perlis untuk mengubati segala duka lara dan pada masa yang sama hilangkan nervous sikit before final exam. Betul lah orang selalu cakap tengok muka parents je dah rasa tenang :) Terima kasih ya Allah bagi peluang balik jumpa mama abah. Its a really nice feeling to have both of them beside me telling me not to worry about my future, and not to push myself too hard because it will only create more stress. They understand me very well.

Aww that's so sweet of you, ma :) Wallahi, angah sayang mama abah till Jannah!

Tak sampai 48 jam dekat rumah tapi itu pun dah cukup bahagia untuk aku. Selasa, 8.20pm aku balik semula ke Tapah. Sampai Tapah around 2am dan alhamdulillah ada kawan yang sudi ambil dan hantarkan terus ke UiTM. What an experience! Jauh berjalan, luas pandangan. Alhamdulillah. Ini baru travel 'kecil-kecilan'. InshaAllah ada rezeki, akan ke Kota Suci. Semoga semuanya dipermudahkan.

Percayalah wahai kalian yang bergelar anak. Walaupun ibu dan ayah kita cakap kita tak perlu balik, fokus belajar tak perlu susah susah fikir tiket balik semua tu tapi jauh di lubuk hati mereka, mereka inginkan kehadiran kita masa tu juga. Bila kita balik tu la kita akan nampak betapa excited nya  mashaAllah ibu ayah. Masakkan makanan kegemaran kita, belanja makan luar, bawa jalan-jalan sana sini. Bagi aku sendiri, masa tu la ibu ayah kita yakin yang kita akan sentiasa ada untuk mereka di masa tua mereka. Bayangkan apa ibu ayah rasa bila anak anak sanggup balik sekejap walaupun dari jauh. Dihargai, betul? Jom sama sama hargai mak ayah kita!

No comments:

Post a Comment