Sunday 11 May 2014

FUTURE Part 2 :)


Sambungan FUTURE Part 1 :


Lepas hati dah nekad nak tolak tawaran matrik, satu-satunya tawaran yg aku harapkan ialah..... UPU. Upu pulak boleh buat aku debar. Lama benar tunggu awak keluar wahai upu. Tp lama-lama pun, alhamdulillah. First choice accepted! Diploma Perakaunan, this is what I aimed for like years ago.... Allahu, syukur alhamdulillah. Yang bagusnya lagi, hehehe bukan kat perlis. Finally!! Boleh jugak aku nak berjiwa dgn org luar. Pffttt. Ohh please aku rasa aku takkan pernah berdikari kalau dpt sini. Sejak kecil, nak stay asrama pun tak boleh. Bila dah boleh mohon sbp dulu, takde peluang dan rezeki pula. Tp tu cerita lama. Yg pasti skrg dan seterusnya uitm di hatiku lah, apa lagi! :)

Perak... perak... perak... dari dulu mmg aku aim nak stay perak AFTER habis study. Entah kenapa lah, aku pun tak ingat. Maybe sbb nature? Tp alhamdulillah lagi lah, Allah bagi aku duduk di Perak SEMASA study. So, mungkin lepas study aku akan mula cari kerja area KL - Selangor kot. Situ kan banyak peluang pekerjaan. Nak stay perak pulak abad bila lah. Haha. Oklah, ayuhlah merasai kehijauan yg ada di bumi Perak. Penuh dgn ketenangan. Haha. By the way, tak rasa pelik kenapa cepat sgt aku buat keputusan utk ke Perak?

Actually....... aku ada berfikir jugak. Eh wajar ke tidak ye nak pergi uitm ni. Dgn ptptn banyak dah guna kalau pergi uitm 5 tahun ++ ni. Kalau aku pergi matrik, at least berkurang lah sikit kan ptptn aku kena tanggung. Maybe 3, 4 tahun kan utk ijazah sbb kat matrik dpt elaun. Haa. Cikgu-cikgu aku pun sokong sgt pergi matrik lagi-lagi ckg ekonomi, cikgu cakap, “cikgu yakin kamu boleh! 4flat senang je nak dpt asalkan ada usaha....” and pnjg lagi lah kan, semestinya. Tp aku ni jenis tak suka struggle kalut kalut ni Aku suka rileks sikit, taknak stress. So, lama jugak la aku cuba fikir, doa banyak-banyak kat Allah, permudahkan aku dalam urusan masa depan ni, tunjukkan jalan supaya pilihan yg aku buat tak akan membebankan aku dan org lain dlm masa yg sama.


Malam, lepas tahu dpt UiTM Seri Iskandar aku bincang dgn family... first aku cakap, “angah nak pergi matrik melaka.......” Abah senyap, pandang aku then abah ckp, “haaa abah ikut je yg mana angah rasa angah boleh tp KALAU BOLEH tu kan angah................” Haaa nampak tak aku siap letak capital letters lagi tu. Hahaha. ‘Kalau boleh’ mama & abah dari dulu mmg selalu cairkan hati aku tak kira dlm apa jua keadaan. So, mcm biasalah. Aku akan pergi yg mana abah mama ckp, ‘kalau boleh’ tu. Lagipun aku acah-acah je ckp nak pergi matrik. Tengok muka parents pun dah tahu diorang berat hati bagi anak diorang ni pergi jauh. So, aku  terus ckp... “Haa angah rasa angah pilih uitm. Muktamad dah ni. Okay?” Then, abah ckp... “Haa uitm tu bagus, dekat sikit. Lagipun mudah nak pergi hantar nnt...............” Ok serius panjang abah ckp kebaikan uitm so tak perlulah aku nak share kat sini. Haha.

So yeaaa! I’ll go to UiTM Seri Iskandar next month. Tak pasti lah siapa lagi budak akaun sekolah aku yg ada sekali nnt. Majoriti budak lelaki pergi matrik. Apepun, please pray the best for me, so that I won’t feel bad for making this choice. InshaAllah, aku akan berjaya kat sana nnt. Amin ya rabb. Doakan aku tak homesick! Malu lah kalau org yg suka pergi jauh mcm aku ni (perak dgn perlis jauh eh?) homesick kan. Hee taknak parents risau. Harap aku mudah sesuaikan diri kat tempat baru nnt. UiTM Kampus Tapah tak sure masuk bila, mungkin sem dua nnt? Sem tiga? Wallahu’alam. Yg pasti ke perak lah kita.. Eh, pssss... abah ada gak ckp, “hah tak lama lg menantu abah org perak la gamaknya” hahahahaha no abah nooo.. dekat sgt. Lemme find someone from johor ke melaka ke, hehehe. Astaghfirullahal’azim. Mengarut lagi. Belajar belajar! Lupa kejap pasal tu. Tunggu yg terbaik dari Allah. Letak tepi pasal tu ye wahai diri sendiri. Haih ending selalu mcm ni. Haha. Wassalam....

p/s : Malas benar aku nak berahsia. Ada je perkara yg memaksa aku untuk bagitahu ke mana aku lepas ni. Tapi aku still harap kau tak pernah tahu perjalanan hidup aku lepas ni. Allah yuftah 'alaikum. Semoga Allah SWT sentiasa membuka jalan terbaik utk kau dlm apa jua perkara yg kau hadapi dan semoga kau sentiasa berjaya dlm apa yg kau lakukan. Amin :)

2 comments:

  1. sedih ah part yg bincang dgn mak ayah pasal tawaran U dan matriks

    ReplyDelete
  2. haha betul lah, sedih tapi ada hikmahnya. keberkatan mak ayah lagi bagus kan.

    ReplyDelete